Malaysia #QuranHour

2025-08-30

to 2025-08-30

Malaysia #QuranHour

📖 Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF)

Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) ialah sebuah gerakan global di bawah Karangkraf bersama rangkaian Rumah Ngaji di seluruh negara. Sejak 2013, WUIF melaksanakan misi MengQURANkan Bangsa, MengIKHLASkan Ummah melalui interaksi dengan al-Quran berteraskan Baca, Faham dan Amal, dengan visi membentuk masyarakat berjiwa Qurani menjelang tahun 1500H.

Bagi tahun 2025, YWUI meneruskan empat kempen utama iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, berpandukan Surah al-Saff sebagai surah utama. Sehingga kini, melalui pendekatan QTT – Quran, Tadabbur, Tazakkur, gerakan #QuranHour telah berkembang dari Malaysia ke pentas dunia, dengan 5,000 lokasi penganjuran di Malaysia, 313 lokasi di 76 negara serta capaian media sosial melebihi 8.18 bilion.

WUIF percaya bahawa apabila pemimpin keluarga, organisasi, komuniti, negara dan dunia meletakkan al-Quran di hati, akan lahir ummah yang lebih baik, hebat dan menjadi rahmat bagi seluruh alam.

🌙 Malaysia #QuranHour 2025

Pada bulan Ogos tahun 2025, mengambil momentum Hari Kebangsaan yang di sambut pada 31 Ogos 2025, gerakan #QuranHour diteruskan dengan penganjuran Malaysia #QuranHour (MQH) membawa tema “Merdeka Dengan Rasa” berasaskan nilai Ahassa – Mendengar Jeritan Batin Rakyat. MQH membawa gabungan 3 surah hebat iaitu Surah al-Saff, al-Balad dan Ali Imran. Ia merupakan seruan kepada pemimpin, pembuat dasar, penjawat awam dan rakyat agar bersatu membina umat berjiwa rahmah serta bertindak atas dasar Tauhid, integriti dan kesatuan.

Tema ini diinspirasikan daripada nilai Ahassa dalam Surah Ali-‘Imran, dorongan untuk merasai jeritan batin masyarakat, kisah Hawariyyun yang menyahut seruan Nabi Isa A.S., dan cabaran kehidupan seperti anak yatim, fakir miskin serta golongan tertindas. Malaysia #QuranHour menyeru agar kita bukan sekadar merasa, tetapi bangkit membela melalui dasar, tadabbur dan tindakan kasih sayang yang membebaskan ummah. Peserta boleh mendaftar secara fizikal untuk hadir ke lokasi perdana atau mengikuti dari media sosial QuranHour dan Sinar Harian.

  • 📌 Program : MALAYSIA #QURANHOUR
  • 📖 Tema : Merdeka Dengan Rasa, Panduan daripada Surah Al-Saff
  • 📅 Tarikh : 30 Ogos 2025, Sabtu
  • Masa : 12.00 – 1.00 tengah hari
  • 📍 Lokasi Perdana : Masjid Negara, Kuala Lumpur
  • 📺 Siaran Langsung : RTM1

Ayuh ambil masa satu jam untuk bersama-sama membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran demi membina karakter mukmin sejati dan menyatukan hati rakyat Malaysia serta dunia.

📞 Contact Information

Warisan Ummah Ikhlas Foundation (PPAB-36/2013)
Level 1, Bangunan Sinar Harian, No. 3, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

📞 03-5101 3635 | 📱 019-444 3635 / 019-380 3635
📧 worldquranhour@karangkraf.com
🌐 www.quranhour.org
📱 FB / IG / X / TikTok: @WorldQuranHour

Other Promotions

Scan & Redeem Offers with Ease!

Don’t miss out on this fantastic opportunity to save big and treat yourself to an amazing travelling experience!

Scroll to Top